Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana saya telah membentangkan satu penyelidikan Ilmiah pkt Master Sc. di UPM. Viva telah berlangsung pada 22 April jam 9.00 pagi di Pusat Pengajian SIswazah, UPM. Pengerusi : Prof Turiman Saundi, Examiner : Prof Madya Dr. Abd Patah dan Prof Madya Dr. Rusini, Jawatankuasa Komiti pula ialah Prof Dr. Ramlah Hamzah dan Prof Madya Dr. Ibrahim Nazri. Pembentangan telah dilakukan dikuti dengan sesi soal jawab . Kajian ini adalah berkaitan dengan Kurikulum Vokasional Pertanian. AKhirnya, Pengerusi memaklumkan saya telah LULUS dengan pindaan kecil. Justeru itu, terima kasih kepada semua yang membantu selama ini. Semoga ALLAH SWT yang dapat membalas jasa baik kalian.SEmoga usaha ini menjadi perangsang kepada anak-anak, anak murid, rakan-rakan dam semuanya.

Pelancaran BULAN TANAMAN 2009


Majlis Pelancaran Bulan Tanaman 2009 telah diadakan di Pejabat Pertanian Kawasan Padang Rengas. Ia telah dirasmikan oleh Y. Bhg Datuk Roseley bi Dato'khalid selaku Ketua Pengarah Kementerian Pertanian Malaysia. Dalam majlis tersebut saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pendidikan pertanian yang diguna pakai di sekolah... dan seterusnya bagi mendapatkan bantuan untuk menjayakan projek dan aktiviti pertanian di sekolah. Antara yang sempat saya jumpa ialah Pengarah Pertanian Negeri iaitu En. Ariffin bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah iaitu Hjh Faizah yang memberi respon sangat positif dan Tn. Hj Musa selaku Timbalan Pengarah Lembaga Pertuuhan Peladang (LPP). LPP memaklumkan bahawa badan ini mempunyai peruntukan dan projek khas mengenai KElab Pertanian Sekolah..dan pihak sekolah boleh berhubung dengan PPK kawasan masing-masing. Sementara itu Hjh Faizah memaklumkan Jabatan Pertanian bersedia membantu dalam usaha memperkasakan pendidikan pertanian yang dijalankan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menyampai kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan berkaitan Sistem Fertigasi....jadi pada para pendidik pertanian, mari kita sama-sama berhubung terus dengan jabatan pertanian untuk menjayakan pendidikan pertanian....

Mesy. Post-Mortem & Pelancaran Sekolah Berwatak Sains Pertanian


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA... satu mesyuarat post-mortem dan pelancaran Sekolah Berwatak telah diadakan di Hotel Flamenggo, Sitiawan, Perak pada 10-11 april . Ia melibatkan kesemua sekolah yang menawarkan sains pertanian di negeri perak. Membuat post mortem mengenai pencapaian sains pertanian pada tahun lepas dan seterusnya merangka strategi bagi meningkatkan pencapaian pada tahun ini. Pelancaran Sekolah Berwatak juga diadakan dengan melibatkan 7 buah sekolah yang dipertanggunjawabkan untuk membentangkan Sekolah Berwatak masing-masing. Ini termasuklah SMK Sayong yang akan membentangkan mengenai Pengeluaran Tanaman Sayuran secara Fertigasi. Beberapa keputusan dan perkongsian ilmu yang penting telah dihasilkan termasuklah bagaimana sesebuah sekolah dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang. Berkongsi strategi, tips-tips yang berguna untuk guru sains pertanian...ini dapat diperoleh daripada Cikgu Taufik (SMK PAsir Putih) Cikgu Rahim (SMK Alang Iskandar) dan beberapa guru cemerlang...Semoga usaha -usaha yang dilakukan oleh JPN akan dapat membantu memperkasakan pendidikan pertanian di Perak, Insyaallah...Semoga Berjaya..

Projek Tanaman Melon


Buat masa ini kami baru memulakan projek tanaman melon jenis Golden Lady. Benih disumbangkan oleh Cikgu Tarmizi Awang di SMT Langkawi(orang lama kat sana). Beliau telah mengusahakan dengan jayanya bagi mata pelajaran Pengeluaran Tanaman. Kami juga mendapatkan nasihat dari semasa ke semasa dari cikgu Bakri di SMK Pengkalan bagi menjayakan tanaman ini..beliau merupakan seorang yang pakar dalam tanaman ini..alhamdulillah mereka sudi untuk membantu dan hanya ALLAH SWT yg dapat membalas budi baik mereka...Minggu lepas kami telah memindahkan anak benih ini dari bekas semaian ke polibeg....ALHAMDULILLAH...sehingga kini macam xde masalah....kami juga mendapat nasihat teknikal dari ckgu Adlan Ubat dri SMK Temenggong....brader ni pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian selama 17 tahun di Jabatan Pertanian Negeri Perak.....banyak yang dia tahu ttg jabatan pertanian ni...so...harap-harap tanaman ni berjaya untuk membuktikan kepada pelajar bahawa..kita boleh melakukan sesuatu sekiranya ada kemahuan, ketekunan, disiplin dan semangat ingin belajar dari semasa ke semasa....

....... Clarias sp


...Ternakan ikan keli(Clarias sp)telah dijalankan dengan secara permulaan sebanyak 250 ekor sebagai percubaan. Ternakan ini menggunakan kaedah organik iaitu dengan menggunakan beberapa bahan iaitu kompos, pasir dan keladi bunting bagi menghasilkan plankton. Sehingga kini, tiada masalah besar yang dihadapi. Sebelum itu Jabatan Perikanan Enggor telah sudi untuk menyumbang 2 buah tangki fiber, pellet, Effective microb(EM) untuk kegunaan P&P.

Menaik taraf Laman AgroScience


ALhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT.... pihak PPD Kuala Kangsar telah memperuntukkan sebanyak 17K untuk kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan Laman Agroscience bagi kegunaan P-P Sains Pertanian. Antara kerja-kerja tersebut ialah pemasangan sumber air, menggantikan bumbung, pintu dan tingkap setor alatan. Membaik pulih Unit ternakan ikan keli dan rumah cendawan. Kini kerja-kerja penyelenggaraan sedang giat dijalankan, semoga dengan adanya kemudahan begini membolehkan aktiviti P-P dapat dijalankan dengan berkesan, insyaallah.