Penanaman Tomato kaedah fertigasi


Alhamdulillah...dalam bulan Ramadhan ini kami sempat mengusahakan tanaman tomato..walaupun pelajar berpuasa, mereka komited untuk menguruskan tanaman ini....adalah diharapkan usaha amali ya dijalankan bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kemahiran dari segi teknikalnya tetapi juga dapat menanam aspek softskill..di kalangan pelajar spt..bekerjasama dlm kumpulan, penyelesaian masalah, penampilan, disiplin, berfikir secara kreatif dan sebagainya...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinanNYA dapat kita sama-sama menyambut bulan Ramadan al mubarak pada tahun ini...semoga Ramadhan kali ini,kita sama-sama mengambil peluang memperoleh keberkatan yang dijanjikan ALLAH SWT.
Pada anak didik ku, di doakan semoga memperoleh kejayaan cemerlang ..peperiksaan percubaan SPM pada bulan puasa ini...semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang...hendaknya...pada cikgu..kejayaan kalian adalah pengubat segala perit usaha cikgu selama ini....



::Kad Ucapan Raya Percuma


...pelajar kami sedang mengusahakan tanaman sayuran buah iaitu Timun Jepun...nampak macam OK tapi perlu diperbaiki dari segi pengurusan..terutamanya semburan racun kulat....cadang sehari dua ni nak tuai hasil...Oopps lupa lak, benih disumbangkan oleh Tn.Hj Adlan Ubat dari SMK Temenggong Kati...yg penting banyak perkara yg dpt dipelajari oleh pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran...Bukan senang nak berjaya..tapi bukan sukar untuk berjaya..yg penting ada komitmen, ..usaha..disiplin ..tawakal...insyaallah..

Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana saya telah membentangkan satu penyelidikan Ilmiah pkt Master Sc. di UPM. Viva telah berlangsung pada 22 April jam 9.00 pagi di Pusat Pengajian SIswazah, UPM. Pengerusi : Prof Turiman Saundi, Examiner : Prof Madya Dr. Abd Patah dan Prof Madya Dr. Rusini, Jawatankuasa Komiti pula ialah Prof Dr. Ramlah Hamzah dan Prof Madya Dr. Ibrahim Nazri. Pembentangan telah dilakukan dikuti dengan sesi soal jawab . Kajian ini adalah berkaitan dengan Kurikulum Vokasional Pertanian. AKhirnya, Pengerusi memaklumkan saya telah LULUS dengan pindaan kecil. Justeru itu, terima kasih kepada semua yang membantu selama ini. Semoga ALLAH SWT yang dapat membalas jasa baik kalian.SEmoga usaha ini menjadi perangsang kepada anak-anak, anak murid, rakan-rakan dam semuanya.

Pelancaran BULAN TANAMAN 2009


Majlis Pelancaran Bulan Tanaman 2009 telah diadakan di Pejabat Pertanian Kawasan Padang Rengas. Ia telah dirasmikan oleh Y. Bhg Datuk Roseley bi Dato'khalid selaku Ketua Pengarah Kementerian Pertanian Malaysia. Dalam majlis tersebut saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pendidikan pertanian yang diguna pakai di sekolah... dan seterusnya bagi mendapatkan bantuan untuk menjayakan projek dan aktiviti pertanian di sekolah. Antara yang sempat saya jumpa ialah Pengarah Pertanian Negeri iaitu En. Ariffin bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah iaitu Hjh Faizah yang memberi respon sangat positif dan Tn. Hj Musa selaku Timbalan Pengarah Lembaga Pertuuhan Peladang (LPP). LPP memaklumkan bahawa badan ini mempunyai peruntukan dan projek khas mengenai KElab Pertanian Sekolah..dan pihak sekolah boleh berhubung dengan PPK kawasan masing-masing. Sementara itu Hjh Faizah memaklumkan Jabatan Pertanian bersedia membantu dalam usaha memperkasakan pendidikan pertanian yang dijalankan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menyampai kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan berkaitan Sistem Fertigasi....jadi pada para pendidik pertanian, mari kita sama-sama berhubung terus dengan jabatan pertanian untuk menjayakan pendidikan pertanian....

Mesy. Post-Mortem & Pelancaran Sekolah Berwatak Sains Pertanian


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA... satu mesyuarat post-mortem dan pelancaran Sekolah Berwatak telah diadakan di Hotel Flamenggo, Sitiawan, Perak pada 10-11 april . Ia melibatkan kesemua sekolah yang menawarkan sains pertanian di negeri perak. Membuat post mortem mengenai pencapaian sains pertanian pada tahun lepas dan seterusnya merangka strategi bagi meningkatkan pencapaian pada tahun ini. Pelancaran Sekolah Berwatak juga diadakan dengan melibatkan 7 buah sekolah yang dipertanggunjawabkan untuk membentangkan Sekolah Berwatak masing-masing. Ini termasuklah SMK Sayong yang akan membentangkan mengenai Pengeluaran Tanaman Sayuran secara Fertigasi. Beberapa keputusan dan perkongsian ilmu yang penting telah dihasilkan termasuklah bagaimana sesebuah sekolah dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang. Berkongsi strategi, tips-tips yang berguna untuk guru sains pertanian...ini dapat diperoleh daripada Cikgu Taufik (SMK PAsir Putih) Cikgu Rahim (SMK Alang Iskandar) dan beberapa guru cemerlang...Semoga usaha -usaha yang dilakukan oleh JPN akan dapat membantu memperkasakan pendidikan pertanian di Perak, Insyaallah...Semoga Berjaya..

Projek Tanaman Melon


Buat masa ini kami baru memulakan projek tanaman melon jenis Golden Lady. Benih disumbangkan oleh Cikgu Tarmizi Awang di SMT Langkawi(orang lama kat sana). Beliau telah mengusahakan dengan jayanya bagi mata pelajaran Pengeluaran Tanaman. Kami juga mendapatkan nasihat dari semasa ke semasa dari cikgu Bakri di SMK Pengkalan bagi menjayakan tanaman ini..beliau merupakan seorang yang pakar dalam tanaman ini..alhamdulillah mereka sudi untuk membantu dan hanya ALLAH SWT yg dapat membalas budi baik mereka...Minggu lepas kami telah memindahkan anak benih ini dari bekas semaian ke polibeg....ALHAMDULILLAH...sehingga kini macam xde masalah....kami juga mendapat nasihat teknikal dari ckgu Adlan Ubat dri SMK Temenggong....brader ni pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian selama 17 tahun di Jabatan Pertanian Negeri Perak.....banyak yang dia tahu ttg jabatan pertanian ni...so...harap-harap tanaman ni berjaya untuk membuktikan kepada pelajar bahawa..kita boleh melakukan sesuatu sekiranya ada kemahuan, ketekunan, disiplin dan semangat ingin belajar dari semasa ke semasa....