Penanaman Tomato kaedah fertigasi


Alhamdulillah...dalam bulan Ramadhan ini kami sempat mengusahakan tanaman tomato..walaupun pelajar berpuasa, mereka komited untuk menguruskan tanaman ini....adalah diharapkan usaha amali ya dijalankan bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kemahiran dari segi teknikalnya tetapi juga dapat menanam aspek softskill..di kalangan pelajar spt..bekerjasama dlm kumpulan, penyelesaian masalah, penampilan, disiplin, berfikir secara kreatif dan sebagainya...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinanNYA dapat kita sama-sama menyambut bulan Ramadan al mubarak pada tahun ini...semoga Ramadhan kali ini,kita sama-sama mengambil peluang memperoleh keberkatan yang dijanjikan ALLAH SWT.
Pada anak didik ku, di doakan semoga memperoleh kejayaan cemerlang ..peperiksaan percubaan SPM pada bulan puasa ini...semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang...hendaknya...pada cikgu..kejayaan kalian adalah pengubat segala perit usaha cikgu selama ini....



::Kad Ucapan Raya Percuma


...pelajar kami sedang mengusahakan tanaman sayuran buah iaitu Timun Jepun...nampak macam OK tapi perlu diperbaiki dari segi pengurusan..terutamanya semburan racun kulat....cadang sehari dua ni nak tuai hasil...Oopps lupa lak, benih disumbangkan oleh Tn.Hj Adlan Ubat dari SMK Temenggong Kati...yg penting banyak perkara yg dpt dipelajari oleh pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran...Bukan senang nak berjaya..tapi bukan sukar untuk berjaya..yg penting ada komitmen, ..usaha..disiplin ..tawakal...insyaallah..

Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana saya telah membentangkan satu penyelidikan Ilmiah pkt Master Sc. di UPM. Viva telah berlangsung pada 22 April jam 9.00 pagi di Pusat Pengajian SIswazah, UPM. Pengerusi : Prof Turiman Saundi, Examiner : Prof Madya Dr. Abd Patah dan Prof Madya Dr. Rusini, Jawatankuasa Komiti pula ialah Prof Dr. Ramlah Hamzah dan Prof Madya Dr. Ibrahim Nazri. Pembentangan telah dilakukan dikuti dengan sesi soal jawab . Kajian ini adalah berkaitan dengan Kurikulum Vokasional Pertanian. AKhirnya, Pengerusi memaklumkan saya telah LULUS dengan pindaan kecil. Justeru itu, terima kasih kepada semua yang membantu selama ini. Semoga ALLAH SWT yang dapat membalas jasa baik kalian.SEmoga usaha ini menjadi perangsang kepada anak-anak, anak murid, rakan-rakan dam semuanya.

Pelancaran BULAN TANAMAN 2009


Majlis Pelancaran Bulan Tanaman 2009 telah diadakan di Pejabat Pertanian Kawasan Padang Rengas. Ia telah dirasmikan oleh Y. Bhg Datuk Roseley bi Dato'khalid selaku Ketua Pengarah Kementerian Pertanian Malaysia. Dalam majlis tersebut saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pendidikan pertanian yang diguna pakai di sekolah... dan seterusnya bagi mendapatkan bantuan untuk menjayakan projek dan aktiviti pertanian di sekolah. Antara yang sempat saya jumpa ialah Pengarah Pertanian Negeri iaitu En. Ariffin bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah iaitu Hjh Faizah yang memberi respon sangat positif dan Tn. Hj Musa selaku Timbalan Pengarah Lembaga Pertuuhan Peladang (LPP). LPP memaklumkan bahawa badan ini mempunyai peruntukan dan projek khas mengenai KElab Pertanian Sekolah..dan pihak sekolah boleh berhubung dengan PPK kawasan masing-masing. Sementara itu Hjh Faizah memaklumkan Jabatan Pertanian bersedia membantu dalam usaha memperkasakan pendidikan pertanian yang dijalankan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menyampai kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan berkaitan Sistem Fertigasi....jadi pada para pendidik pertanian, mari kita sama-sama berhubung terus dengan jabatan pertanian untuk menjayakan pendidikan pertanian....

Mesy. Post-Mortem & Pelancaran Sekolah Berwatak Sains Pertanian


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA... satu mesyuarat post-mortem dan pelancaran Sekolah Berwatak telah diadakan di Hotel Flamenggo, Sitiawan, Perak pada 10-11 april . Ia melibatkan kesemua sekolah yang menawarkan sains pertanian di negeri perak. Membuat post mortem mengenai pencapaian sains pertanian pada tahun lepas dan seterusnya merangka strategi bagi meningkatkan pencapaian pada tahun ini. Pelancaran Sekolah Berwatak juga diadakan dengan melibatkan 7 buah sekolah yang dipertanggunjawabkan untuk membentangkan Sekolah Berwatak masing-masing. Ini termasuklah SMK Sayong yang akan membentangkan mengenai Pengeluaran Tanaman Sayuran secara Fertigasi. Beberapa keputusan dan perkongsian ilmu yang penting telah dihasilkan termasuklah bagaimana sesebuah sekolah dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang. Berkongsi strategi, tips-tips yang berguna untuk guru sains pertanian...ini dapat diperoleh daripada Cikgu Taufik (SMK PAsir Putih) Cikgu Rahim (SMK Alang Iskandar) dan beberapa guru cemerlang...Semoga usaha -usaha yang dilakukan oleh JPN akan dapat membantu memperkasakan pendidikan pertanian di Perak, Insyaallah...Semoga Berjaya..

Projek Tanaman Melon


Buat masa ini kami baru memulakan projek tanaman melon jenis Golden Lady. Benih disumbangkan oleh Cikgu Tarmizi Awang di SMT Langkawi(orang lama kat sana). Beliau telah mengusahakan dengan jayanya bagi mata pelajaran Pengeluaran Tanaman. Kami juga mendapatkan nasihat dari semasa ke semasa dari cikgu Bakri di SMK Pengkalan bagi menjayakan tanaman ini..beliau merupakan seorang yang pakar dalam tanaman ini..alhamdulillah mereka sudi untuk membantu dan hanya ALLAH SWT yg dapat membalas budi baik mereka...Minggu lepas kami telah memindahkan anak benih ini dari bekas semaian ke polibeg....ALHAMDULILLAH...sehingga kini macam xde masalah....kami juga mendapat nasihat teknikal dari ckgu Adlan Ubat dri SMK Temenggong....brader ni pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian selama 17 tahun di Jabatan Pertanian Negeri Perak.....banyak yang dia tahu ttg jabatan pertanian ni...so...harap-harap tanaman ni berjaya untuk membuktikan kepada pelajar bahawa..kita boleh melakukan sesuatu sekiranya ada kemahuan, ketekunan, disiplin dan semangat ingin belajar dari semasa ke semasa....

....... Clarias sp


...Ternakan ikan keli(Clarias sp)telah dijalankan dengan secara permulaan sebanyak 250 ekor sebagai percubaan. Ternakan ini menggunakan kaedah organik iaitu dengan menggunakan beberapa bahan iaitu kompos, pasir dan keladi bunting bagi menghasilkan plankton. Sehingga kini, tiada masalah besar yang dihadapi. Sebelum itu Jabatan Perikanan Enggor telah sudi untuk menyumbang 2 buah tangki fiber, pellet, Effective microb(EM) untuk kegunaan P&P.

Menaik taraf Laman AgroScience


ALhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT.... pihak PPD Kuala Kangsar telah memperuntukkan sebanyak 17K untuk kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan Laman Agroscience bagi kegunaan P-P Sains Pertanian. Antara kerja-kerja tersebut ialah pemasangan sumber air, menggantikan bumbung, pintu dan tingkap setor alatan. Membaik pulih Unit ternakan ikan keli dan rumah cendawan. Kini kerja-kerja penyelenggaraan sedang giat dijalankan, semoga dengan adanya kemudahan begini membolehkan aktiviti P-P dapat dijalankan dengan berkesan, insyaallah.

Sumbangan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kangsar


Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT....Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Kuala Kangsar telah bermurah hati memberi sumbangan sebanyak RM 500 bagi aktiviti pengeluaran tanaman sayuran secara sistem fertigasi. Majlis sumbangan ini telah diadakan pada 27 Mac 2009, jam 4.30 pm di Bilik Gerakan dengan dihadiri oleh 4 orang pegawai PPK dan diketuai oleh Pengerusi PPK iaitu Tn. Hj. Idris bin Kulub Muhammad, En. Azhar, En. Ridzuan dan En. Jaya. Sementara itu pihak sekolah telah diwakili oleh Guru Kanan Teknik & Vokasional iaitu Cikgu Nor Hawa bte Sata@Mohd Zamri dan Cikgu Roslee serta pelajar 5Kejora.Diharapkan dengan sumbangan ini akan meningkatkan motivasi pelajar. Disamping itu PPK juga telah menawarkan beberapa perkhidmatan seperti kemudahan membeli input pertanian seperti baja, coco peat, cendawan dan sebagainya dengan harga berpatutan. Selepas majlis penyerahan cek dilakukan, pihak PK telah dibawa ke Laman Agroscience untuk melihat aktiviti-aktiviti pertanian dan seterusnya jamuan teh di kantin. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas budi baik tuan-tuan ...

Mesyuarat Sains Pertanian Daerah Kuala Kangsar

Satu mesyuarat Sains Pertanian daerah Kuala Kangsar telah diadakan di SMK Muhibbah, Sg. Siput pada 24 Mac 2009 jam 3.00 pm. Ia telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Muhibbah iaitu Hjh Saniah. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil dari SMK Sayong, SMK Raja Muda Musa dan SMK Temenggong, Kati. Mesyuarat telah membincangkan dan memutuskan beberapa aktiviti untuk dijalankan iaitu ;
1. Kem Gemilang Sains Pertanian - Teknik Menjawab Soalan/Skor
2. Kursus Kemahiran Bidang Pertanian - kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan.
3. Pembinaan Blog Sains Pertanian bagi setiap sekolah
4. Pembinaan Bank Graphik
5. Penyediaan Koleksi Soalan
6. Lawatan Industri
Semoga program yang dirancang ini akan dapat dijalankan dengan sempurna, Insyaallah.

AgroTek SmK saYonG



Sekolah ku rumah ku


Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong (SMK Sayong) merupakan sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 3km dari bandar Kuala Kangsar.Ia siap dibina pada penghujung tahun 1973dan telah memulakan operasinya pada tahun 1976 dengan keluasan 12 ekar.SMK Sayong telah menerima watikah Sekolah Menengah Kebangsaan Gred A pada 26 Mei 2003.kini ia mempunyai murid seramai 671 orang yang datang dari beberapa buah kampung yang berdekatan dan guru seramai 51 orang. Mata peljaran Sains Pertanian telah ditawarkan di SMK Sayong pada tahun 2008 dengan seramai 29 orang pelajar dan seorang guru sains pertanian.kini jumlah pelajar yang mengambil Sains Pertanian ialah seramai 62 orang yang melibatkan satu kelas di tingkatan 4 dan satu kelas tingkatan 5.Murid tersebut merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil pepriksaan mata pelajaran Sains Pertanian dalam peperiksaan SPM pada 2009.

Projek sistem fertigasi

Rancangan Malaysia ke-9(RMK-9) telah menggariskan bahawa sektor pertanian merupakan enjin pembangunan ketiga negara selepas sektor perkilangan dan perkhidmatan. fokus dalam RMK-9 ialah untuk membangunkan sektor pertanian menjadi 'pertnian baru' melalui pembangun kaedah moden serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). sektor pertanian perlu menjadi lebih dinamik dengan meningkatkan produktiviti serta daya saing melalui kegiatan menambah nilai dan menggunakan teknologi moden.

Fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. dalam, fertigasi,proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman.fertigasi tergolong dalam kumpulan Hidroponik iaitu pengeluaran tanaman berapa jenis tanaman tanpa menggunakan tanah. secara umumnya,hanya beberapa jenis tanaman sahaja sesuai ditanam seperti tomato,cili,timun,terung,melon dan strawberi.Melalui kaedah fertigasi,ia dapat mengelakkan penyakit akar seperti pythium Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. kaedah titisan pula mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran.


Objektif
1. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mengendalikan sistem Fertigasi dengan teknik yang betul melalui pembelajaran secara 'experiantial learning' .
2.Menerapkan aspek keusahawanan dalam pendidikan pertanian di sekolah dengan papa yang berlaku dalam melahirkan Usahawan Tani yang berpengetahuan dan berkemahiran.
3.Mengatasi masalah 'mismatch' berkaitan pembelajaran pertanian yang dilakuakn di sekolah dengan apa yang berlaku dalam industri semasa khusus dalam sektor pertanian.
4.Menerapkan kemahiran 'Hard Skill' dan 'Employability Skill' seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam melahirkan modal insan dan tenga kerja yang kompetatif.

Kawasan Fertigasi




Pelajar-pelajar Sains Pertanian daripada tinkatan 4&5 serta guru turut melakukan aktiviti Fertigasi









Pembesaran Tanaman





Ganguan serangga yang merosakkan tanaman

Hasil tanaman Kailan&Sawi





Ternakan Ikan Keli





Hasil tanaman fertigasi Kailan&Sawi